SMK SEKSYEN 7,
JALAN PLUMBUM 7/37
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 / TAHUN 2013
Tarikh :
26 DISEMBER 2012
Masa : 7.50 pagi
Tempat :
Makmal Bahasa SMK Seksyen 7
Hadir :
1. Pn. Norizam bt. Hussin - Pengetua/ Pengerusi
2. Pn. Wahinahbt. Abd wahid - PK Kurikulum
3. Pn. Hamidah bt. Abd hamid - GKMP Bahasa
4. Pn. Wan alifah bt. Wan ahmad - GKMP Teknik & Vok
5. Pn. Nuriham bt. Zahari - GKMP Kemanusiaan
6. Pn. Norlinda bt. Johan - GKMP Sains Matematik
7. Pn.
Junaidah bt. Muhamad
8. Pn.
Safila bt. Kefele
9. Pn. Noorsam bt. Manan
10. Pn. Wan nor azura bt. Wan
yusof
11. Pn. Maimun bt. Hassan
12. Pn. Parameswary a/p ramiah
13. Pn. Azlina bt. Zakaria
14. Pn. Liza bt. Dollah
15. Pn. Fadzilah bt. Bostam
16. Pn. Zuraini bt. Kaldin
17. Pn. Jusmaiwati bt. Jusoh
18. Pn. Zaniza bt. Zakaria
19. Pn. Hanita bt. Samadi
20. Pn. Siow yun wen
21. Pn. Norsalina bt. Kamis
22. En. Rasidi bin Md sidik
23. Pn. Hamsah bt. Ramli
24. Pn. Azwa asila bt. Abdul Majid
25. Pn. Syalwani bt. Bekri
26. Pn. Azlin Zaleha bt. Aslah
Hadir Bersama/
Turut Hadir
- Tiada -
Tidak
Hadir ( Bersebab )
1.
Pn. Umi kalsom bt.
Udin
2.
Pn. Sarifah bt. Abdul
Kadir
3.
En. Aman Shabri bin Ismail
4.
En. Selvarajah a/l Murugesan
Urusetia : Pn. Siti Zaleha bt. Hashim
1
|
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa atas kehadiran dalam mesyuarat kurikulum kali ketiga pada
hari ini.
Makluman
1.2.
Mesyuarat kali ini bertujuan
untuk membincangkan mengenai analisis keputusan SPM 2011 dan juga post mortem.
Begitu juga dengan analisis bagi ujian bulan Mac 2012.
Makluman
|
2
|
PENGESAHAN MINIT
MESYUARAT
2.1. Minit mesyuarat yang lalu disahkan
tanpa pindaan
Makluman
|
3
|
PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.
Makluman
|
4
|
PERKARA BAHARU
4.1.
Analisis SPM 2011
4.1.1.
Mesyuarat dimaklumkan GPS meningkat kepada 4.74 berbanding 5.09 pada
tahun 2010.
makluman
4.1.2.
Dimaklumkna peratus lulus semua mata pelajaran SPM ialah 75.43%. Bilangan calon gemilang 9A ialah 4 orang
pelajar ( 2.29% ).
makluman
4.1.3.
Mesyuarat dimaklumkan berkaitan dengan Analisis kelseluruhan pencapaian
SPM mengikut mata pelajaran - Sila
rujuk Lampiran 1.
makluman
|
4.2.
Analisis Ujian Bulan Mac 2012
4.2.1.
Mesyuarat dimaklumkan secara keseluruhan
pencapaian pelajar Tingkatan 2 dan 3 masih kurang memuaskan . Peratus
menguasai tingkatan 2 ialah 83.2%.99 ).
Manakala peratus menguasai tingkatan 4 ialah 69.37% ( GPS - 5. ( GPS - 3.09 ) dan peratus
menguasai tingkatan 3 ialah 81.88% ( GPS
- 239 ) dan peratus tingkatan 5 ialah 75.05% ( GPS - 4.97 )
( Rujuk
Lampiran Analisis Ujian Mac 2012 )
makluman
4.2.2.
Pengerusi memaklumkan rasa ketidakpuasan
berkaitan analisis pencapaian Ujian Bulan Mac terutama bagi Tingkatan 3 dan Tingkatan
5 bagi setiap kelas dan setiap mata pelajaran. Didapati ramai kalangan
murid Tingkatan 3 gagal dalam mata
pelajaran Matematik terutama kelas yang bagus seperti 3 Rozel. Begitu juga
dengan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas 3 Citrus dan 3
Tulip. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam ujian bulanan, markah
yang diambil adalah mengikut sistem 70% ( peperiksaan ) dan 30% ( sahsiah )
Tindakan :
Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan
4.2.3.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa
kemerosotan pencapaian mata pelajaran
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi kelas 3 Rozel, 3 Citrus dan 3 Tulip adalah
disebabkan sikap murid yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut, iaitu tidak
mahu membuat latihan yang diberi, kurang sopan terhadap guru, tidak minat
untuk belajar, tidur semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, ponteng sekolah
dan ponteng kelas atau melepak tanpa arah tujuan.
Puncanya adalah disebabkan sebahagian
daripada mereka ada yang bekerja pada waktu malam dan lewat pagi baru balik.
makluman
4.2.4.
Pengerusi meminta supaya masalah
tersebut perlu diatasi segera. Oleh itu semua ahli perlu memainkan peranan
masing-masing. Semak semula program yang ada, jika tidak bermakna perlu
diubah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang gagal dalam mata
pelajaran teras. Bagi kelas yang terpilih seperti tingkatan 3 Ixora, 3 Rozel
dan 3 Daisy perlu dibuat program khas untuk melonjakkan keputusan mereka
terutama dalam PMR. Manakala bagi kelas yang bermasalah seperti 3 Henna, 3
Citrus dan 3 Tulip berikan latih tubi yang mudah. Pelajar yang tidak mahu
buat latihan, bawa mereka ke bilik pengetua. Pengerusi ingin berjumpa dengan
pelajar yang gagal dalam masa yang terdekat.
Pengerusi
mencadangkan supaya guru-guru menyerahkan senarai pelajar yang bermasalah kepada
setiausaha kurikulum. Kemudian berikan sebuah buku kecil ( Buku 555 ) kepada
mereka dan guru mata pelajaran tuliskan setiap kesalahan dan kelakuan yang
dilakukan oleh pelajar tersebut semasa pembelajaran dan pengajaran
berlangsung dan perrlu ditanda tangan.
.
Tindakan :
SU Kurikulum/ Ketua Panitia dan Guru Tingkatan Berkenaan
|
|
4.3.
Buku Kawalan Ponteng ( BKK )
4.3.1.
Pengerusi memaklumkan bahawa BKK adalah
merupakan satu eviden rasmi. Guru yang tidak
mencatat dalam BKK akan diberi surat tunjuk sebab. Pengerusi meminta
PK HEM berbincang dengan AJK HEM untuk mengubah suai Buku Kawalan Ponteng.
Tindakan:
PK HEM
4.3.2.
Mesyuarat dimaklumkan oleh
guru-guru mata pelajaran bahawa murid-murid Tingkatan 5 IK yang tidur dalam
kelas dengan menyusun kerusi. Pengerusi meminta agar semua kesalahan yang
dilakukan dicatatkan dalam Buku
Kawalan Ponteng.
Pengerusi
meminta guru-guru mengambil gambar pelajar berkenaan sebagai bahan bukti
kepada ibu bapa mereka jika diperlukan.
Makluman
|
|
4.4
Kelas Tambahan Cuti Pertengahan Tahun
4.4.1
Pengerusi memaklumkan kelas tambahan akan
diadakan pada cuti pertengahan tahun ini. Guru-guru sesi petang akan turut
terlibat bagi mengajar murid Tingkatan 3. Berikan latihan Ulangkaji bagi
topik-topik Tingkatan 1 dan 2. Manakala guru sesi pagi akan diberikan kelas Tingkatan
5 dan buat ulangkaji topik-topik Tingkatan 4.
makluman
4.4.2
Setiap guru dimaklumkan hanya akan terlibat
sekurang-kurangnya sekali sahaja kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Berikan soalan-soalan atau modul yang berbeza bagi kelas yang
bagus dan lemah. Kelas tambahan hanya pada minggu pertama cuti pertengahan
tahun sahaja. Pada minggu kedua cuti tersebut, guru-guru dan murid-murid yang
terlibat bolehlah bercuti bersama keluarga masing-masing. Setiausaha akan
menyediakan jadual kelas tambahan tersebut dan juga surat edaran kepada ibu
bapa.
Tindakan : Makluman & SU
Kurikulum
|
|
5
|
HAL-HAL LAIN
5.1.
Pengerusi memaklumkan seorang pegawai dari
Jabatan Pelajaran Selangor, iaitu En. Mohd. Madzlan bin Apandi telah datang
ke sekolah untuk memantau Program Sekolah Penyayang. Sehubungan itu,
pengerusi meminta guru-guru bertugas dan yang lain agar berada di pintu pagar
pada waktu pagi untuk menyambut kehadiran murid ke sekolah. Berkaitan perkara itu juga
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan membuat kad ucapan lahir
kepada para murid.
Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan
Sivik & Makluman
5.2.
Pengerusi mencadangkan supaya diadakan satu
kursus dalaman yang akan dikelolakan
oleh En. Rasidi, iaitu berkaitan cara-cara untuk mengurangkan kandungan isi
mata pelajaran bagi kelas yang lemah.
Makluman
5.3.
SU Peperiksaan meminta supaya semua guru
mengisi borang mengambil dan menyerah soalan dengan betul semasa peperiksaan
berlangsung. Keadaan ini disebabkan guru tidak berbuat demikian dan SU kurikulum terpaksa
memanggil guru berkenaan. Perkara ini penting kerana ia adalah merupakan
salah satu dokumen SPSK.
Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa selepas setiap peperiksaan, keputusan peperiksaan
akan ditampalkan di papan kenyataan di luar bilik peperiksaan.
Makluman
|
6.
|
PENUTUP
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.00 petang
|
Disemak Oleh,
No comments:
Post a Comment